20 Februari 2011

apa ada pada tarikh lahir kami...

menurut kajian mana2 horoskop or perbandingan tarikh lahir..setiap kali mesti menda yang sama ada pada rahsia tarikh lahir aku...klo menda tu betul..alhamdunillah..tapi takleh terlalu percaya..klo menda tu bukan..pun alhamdunillah..sebab tu sume dari ketentuan nyer..sedangkan ape yang bakal berlaku dalam 1 saat akan datang pun kita tak taw ni plak esok nyer...juz nak simpan saja dalam entry blog kali ni..takde keje...nak carut lebih2 dalam blog ni..boleh jer..not in mud sebab aty tgh berbunga..( tibe2 mengenyam..)lllallala...

korang tgk jelah blog ni..kot2 ada antara yg sama bulan ni nan aku ke...sebab aku pun salin tampal je(in malay)...

~EN ABANG BIRTH~

VS
~APPLE MUNCET BIRTH~



19 Februari 2011

Muhasabah...


Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

( thanks to him for the note)

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.


16 Februari 2011

KERBAU TUA!

HARI INI AKU KENA MARAH??? BUKAN TAPI AKU X PUAS HATI! SETAN BETULLAH..AKU DH KEJE BAIK2 SGT HARI NI. APA LAGI YANG DIA X PUAS HATI. MENTANG2LAH AKU KEJE MAKAN GAJI..HAMPEH BETUL! NASIB BAIKLAH AKU INGAT PESAN MAK BAPAK AKU..NASIB BAIKLAH AKU INGAT PESAN KEKASIH HATI AKU

KALAU TAK..DAH LAMA KAKI NI LEKAT KAT KEPALA DIA.
PARIA MEMANG PARIA! DIA SURUH AKU PAKAI MINI SKRIT INGAT AKU NI PEREMPAUN MURAHAN KER?? AKU JUGA ADA MARUAH DAN HARGA DIRI..KAN INI NEGARA ISLAM JADI BUATLAH MCM NEGARA ISLAM. BAJU N SKRIT BUKANLAH ASAS TUK KEJAYAAN SESEORG. YANG PENTING KEJA TU ADA PROFESIONALISME.

AKU BERCAKAP DENGAN FAKTA. HUH! LANTAKLAH ESOK AKU KEJE PAKAI BAJU KURUNG. GELI AKU NAK PAKAI MINI SKRIT. AGAK2 LAH KERBAU HITAM TU NAK AKU PAKAI MCM TU! ISH MARAH AKU X HABIS LAGI NI.

TAK PASAL2 AKU KAN ANGIN DGN BUDAK2 RUMAH NI. SIAN DORG X TAU APA2 KENA MARAH. HUH! NAK JER AKU FIRE PARIA TU BIAR JADI BURN! DAH LAH BURN NK BAGI DIA HANGUS BARU TAU! DASAR KERBAU TUA! ARGHHHHHHHHHH!! NAPA PEREMPUAN NI SELLAU DIJADIKAN ALAS KAKI PARA KAUM LELAKI??

MENGAPA PEREMPUAN SELALU DIPERLEKEHKAN?? BUKAN KAH PEREMPUAN ITU TERCIPTA DARI TULANG RUSUK KAMU LELAKI?? SO LINDUNGILAH! BUKAN DI PERGUNAKAN SEMATA-MATA UNTUK MENGAUT UNTUNG SEMATA-MATA! HUH! NASIB BAIKLAH HUJAN LEBAT HARI INI MENYEJUKKAN HATIKU SEDIKIT KALU TIDAK BOLEH TERBAKAR RUMAH YANG TAK BERTAUT DINIDNG NI!

14 Februari 2011

Jangan Mengeluh~

Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya……………..
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
– Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
– Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
– Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
– Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
– Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
– Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
– Surah Yusuf ayat 12

Kalu engko nak mengeluh lagi ……belajar dr AL QURAN dan AL SUNNAH..

♡ ♥ ♡ nak cakap nie...sumpah...

Awak....
nak cakap nie..
awak nak dengar tak...?
ke awak nak tido lagi..??
haha...sumpah...!
saya jatuh cinta kat awak lah...
AWAK!!
nape pekak sangat...
kang saya.....PANG....!(jap g kene warning)
hehehe..
betul...
saya tak tipu taw..saya cakap menda betul..
saya tengah heran ni...
bila masa saya jatuh kat awak?
ops...jatuh CINTA..
bila masa saya mula sayang kat awak..
llalallala
(sambil goyang kaki n tersenyum sapai telinga)
AWAK.......
penat nyer panggil...
buat dekk je..
takpe...
hehe....
saya ulang taw..
awak tak nak dengar takpe..
tak nak amek taw pun tak pe..
sekali lagi je saya cakap..
LAST!!!!
tak akan ulang...(siaran tak berbayar)
pasni jgn tanya lagi taw..
sebab saya malu lah nak cakap manyak kali..
jgn tanya depan kawan ke ape ke..taw..taw..
(malu2 hamster plak...awww)
SAYA SAYANGKAN AWAK BANYAK NI...................................
(itu yang tak sayang lah...hehhee)
TERIMA KASIH SEBAB BERJAYA CARI BLEK ATY SAYA YANG HILANG TUH...
LEBIU MY godang + bungeks+ lempeng ♥

9 jan ♡ 24 sept

LOVE SONGS 4 U~

Call me Mr. been there done that
Top model chick to your every day hood rat
Less than all but more than a few
But I've never met one like you

Been all over the world
Done a little bit of everything l
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone
All the girls I've been with
Things I've seen it takes much to impress
But sure enough your glow it makes your soul stand out from all the rest, baby.

I could be in love
But I just don't know (don't know, girl)
Baby one thing is for certain
Whatever you do is working
Other girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you

Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

You're not a regular girl
You don't give a damn about the loot
Talking about I can't do for you
But you can do for yourself
Even though that ain't so
Baby cause my dough don't know how to end
But that independent thing I'm with it
All we do is win baby

I could be in love
But I just don't know (don't know, girl)
Baby one thing is for certain
Whatever you do is working
Other girls don't matter

13 Februari 2011

Bukan kepada KU


GILA ape yang buat kau datang balek pada aku..mencari aku?untuk apa? setelah kau buang aku dalam hidup kau tiba2..aku sendiri terpinga-pinga tergapai2 aku tanpa ada sesiapa yang sambut tangan aku... sememangnyer aku memang tak pernah belajar berenang dan hampir-hampir lemas dalam tasik buatan impian aku sendiri...beriya kau suruh aku pergi tanpa fikirkan perasaan dan maruah keluarga aku. dan sekarang kau datang kembali..
setelah aku berjumpe kasih sayang aku dari seseorang yang menerima aku seadanya..baru kau hadir?aku tak paham dengan permainan kau dan aku nak menamatkan segala tentang kau! walaupun dia tak seharta kau..hati dia tak sekeji kau..sapai kan aku terfikir ada ke lelaki di luar sana nak kan perempuan yang berstatuskan PUTUS TUNANG!
Kau zalim pada aku..kerana kau aku menjadi takut pada CINTA, PERTUNANGAN, PERKAHWINAN. aku delete segala ingatan kenangan aku tentang kau sebab aku tak sanggup berbekam rasa sakit hati tentang kau dan keluarga kau. licik! sengaja kau gunakan no fon lain dan sengaja kau ungkitkan segala kenangan kita dlu..tempat makan..hobi aku..kau bermain dengan perasaan aku.apa salah aku %$*7...
Walaupun kau menafikan siapa diri kau..aku tawu itu kau..tak ada siapa yang tahu tentang segala kenangan kita kecuali kau dan aku.apa tujuan kau??menyesal?tak boleh lupakan aku?ada aku kesah??pegi JAHANAMLAH kau dengan hidup kau..INGAT..SAPAI MATY, HANCUR BADAN AKU DIMAKAN BUMI AKU TETAP TAKKAN MAAFKAN KAU..Dan aku bukan nabi..tolong....aku merayu..jangan kau hampiri dalam kisah hidup aku..kau dah lama maty dalam diri aku termasuk keluarga kau..persetankan segala kenangan yang kau cuba ingatkan pada aku..dasar lelaki ynag tak kenal untung..aku akan pastikan kau akan rasa mneyesal n kecewa seperti mana kau pernah buat pada aku..kepada famili kau..TAHNIAH!
aku hairan..kenapa sewaktu aku memujuk kau utk kembali pada aku sambil mengingatkan kenangan kita tak sedikit pun kau terasa kesan dalam hati kau?
Kenapa semudah itu kau boleh fikir..aku sangkakan fikiran kau sematang dengan cara hidup ka..rupa nya aku silap. aku semai kepercayan dan pertaruhkan kesetian pada kau dan mengharapkan sesuatu yang bahagia dari kau..tolong aku seperti mana kau merayu pada aku satu masa dulu..TINGGALKAN AKU..jangan seksa aku lagi..aku dah berhenti mencari kau apatah lagi berharap..biarkan aku...aku akan terima kau jika waktu itu masih ada perasaan sayang dan cinta pada kau..MAAF aku terpaksa katakan perasaan itu da lama maty untuk awak...

Mengapa Wanita memerlukan Lelaki.. Ia adalah anugerah...



Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah... :)

11 Februari 2011

~ memang macam harem lah ko sial!!!~

napa aku marah??
* sebab ko macam sial!*
* sebab ko manusia yang tak kenal untung!*
* sebab ko setan bertopengkn IBLIS!*
* sebab ko sentiasa menyusahkan hidup aku..*
*aku tak hingin cari ko balek lah...dan aku tak hingin nak ingat tentang ko langsung..*
*napa mesti mak ko datang cari aku lagi???*
* cuba teka!!*
*mintak maaf..??*hahhaha...
( bodoh sangat kalau aku pk family ko akan mintak maaf...sebab...@%$^%^*&)
* kol aku semata2 nak jemput aku ke kenduri ko?*
* ellow aunty...im not interested ok...*
*bila aku kata aku taknak amek tahu makna nyer aku taknak amek tahu..takperlu lah ko datang dalam hidup aku lagi...*

kronologi..
....kau tinggalkan aku..
....tanpa sebab...
....aku terima..
....payah sekalipun aku telan segalanya...
...sentiasa berbicara pada diri sentiasa mana silap aku...
...gilanyer aku pada dunia..kau tak perlu pk...
...sebab aku tak tahu bila hati aku akan lembut utk memaafkan kau...
...sebab kau banyak mngajar aku sesuatu yang datang sebelumnyer bukan aku...
...dan aku....