28 Julai 2012

.bila langkah semakin ke hadapan.

Bukan senang nak pikul tanggung jawab sebagai seorang isteri, selalu nya kita dengar berat tanggung jawab  sebagai seoorang suami. perlu pikul tanggung jawab sebagai seorang anak, ayah dan abang berbanding dengan wanita yang hubungan hanya terhad dan selepas berkahwin perlu patuh pada suami dan terhenti ikatan dengan ibu dan ayah nya. apa yang aku nak berkongsi dengan kamu semua hanya sekadar pengalaman yang menjadikan aku lebih kenal siapa diri aku dan siapa orang sekeliling aku. zaman dulu dengan zaman sekarang bercinta banyak sangat perbedaannya,tak mungkin kita boleh kata ada persamaannya,hemdak kata segalanya banyak persamaan memang sukar untuk kita cari persamaan langsung.adab,adat budaya,cara,sume nye lain.memang setiap apa yang jadi ada sebab nya..bermula daripada perkenalan akhirnya jatuh cinta dan ada yang menyambung perhubungan dengan perkahwinan dan ada yang terputus di tenngah jalan. sama seperti yang lain. beruntung seseorang itu jika cintanya tak pernah terputus seperti kebanyakkan. namun kebanyakkan yang terputus bukan disebabkan kesalahan pasangan ada juga disebabkan kesalahan diri sendiri tanpa mereka sedar sewaktu hubugan itu terjalin. berbalik pada kata adalah 'menyesal pun tiada guna" 
Namun sebegitu, hidup mesti diteruskan..langkah demi langkah kita akan berjumpe dengan cinta yang baru yang kita rasa serasi dengn diri kita dan waktu itu kita mula menerima sayang yang baru dalam diri kita jugakkan. mesti masih ada sekelumit rasa TAKUT meneruskan .Takut dengn bayang-bayang lepas yang pernah menyelubung sejarah hitam kita dulu.  dengan secebis harapan dan kepercayaan yang tinggal ni kita teruskan menerima rasa cinta tu dengan izin allah dan berharap ianya berjalan lancar seperti apa yang di idam-idam kan.betol tak? ironinya,kita menganggap tak semua lelaki dan wanita yang pernah sakitkan hati kita itu sama. kita semua masih diberi peluang ke dua untuk mengharungi cinta yang ke  dua ke tiga ke empat.(dan berapa banyak ke la haa..)Alhamdunillah sekurang-kurang nya masih ada rasa perasaan ingin jatuh cinta pada jantina yang berlainan. patut kita rasa bersyukur sebenarnya.
Namun begitu...seberapa kali kita jatuh cinta belum cukup tepat untuk kita pilih siapa yang bakal jadi imam atau makmum dalam hidup kita bukan?  Dan seberapa lama pun kita bercinta ^ & tahun pun belum tentu dia adalah jodoh kita. dan jika dia memang dicipta untuk kita ALHAMDUNILLAH.